SALAM

Perancangan Mereka Berjaya Kerana Umat islam Tidak Ikut Al-Quran Dan Al -Hadis Sebagai panduan Hidup

UMAT ISLAM TIDAK MENGAMBIL PENGAJARAN DARIPADA KATA-KATA YAHUDI INI...AKHIR LEKA DAN LALAI KERANA DUNIA-AGAMA DIKETEPIKAN...
Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) "misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.


HINANYA ORANG ISLAM.....
Hadis Bukhari dan Muslim
"Sesungguhnya kamu akan mengikut jejak langkah orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta.Sehingga kalau mereka masuk kedalam lubang biawak kamu akan masuk juga.Dan sehingga kalau mereka bersetubuh isterinya ditengah jalan nascaya kamu akan lakukannya.seseorang bertanya kepada Nabi s.a.w siapa yang kami akan ikut ya Nabi?Adakah mereka terdiri daripada Yahudi danNasrani? ya kalau tidak mereka siapa lagi, jawab Nabi s.a.w.
AL-QURAN ADALAH LUBUK ILMU-SEGALA ILMU DATANG DARI AL QURAN-PELAJARILAH DI SINI

quran

AMBILLAH PENGAJARAN DARI MAKNA-MAKNA AL QURAN

hadis pilihan

SESUNGGUHNYA PADA DIRI RASULULLAH ITU CONTOH IKUTAN YANG BAIK

hadis pilihan2

Inilah pintu-pintu kepada ZINA

Sabda Nabi s.a.w "Wanita yang berpakaian tetapi telanjang(nipis nampak bentuk) yang menarik pandangan orang dengan gaya lenggoknya.Kepala mereka saperti engguh unta, Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya"(Muslim)- INILAH CALON-CALON AHLI NERAKA SEBAGAIMANA YANG DIGAMBARKAN OLEH NABI S.A.W.

APA NAK JADI PADA USTAZAH INI - DAH SESAT DAH - BACA ARTIKEL KLIK GAMBAR-BIASALAH KALAU DAH UMNO

cicin suasa

isteri solehah

haron din

masjid negeri

19 Januari 2012

1/999 : Perjalanan syurga & neraka adalah pasti *

Oleh: PenyairCinta

"Bismillahirrahmanirrahim, Sekadar renungan bersama menjelang hari-hari yang dinantikan ..Bacalah dengan seikhlas hati ..Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!

Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya. 


Terdengar suara seruan: "Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!" Nabi Adam as berkata: "Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku."

Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: "Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!"

Nabi Adam as bertanya: "Berapa ramai untukku kirimkan?"


Allah Taala berfirman: Setiap seribu orang yang kamu ingin hantarkan seorang ke syurga, 999 dari orang-orang itu kau hantarkan ke neraka."

Allah Taala berfirman lagi: "Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas."

Nabi Adam as berkata: "Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!"
 -----------------------------------------------------------------

Selepas peristiwa Zalzalah... Allah SWT akan menyeru Nabi Adam bangkit dari kubur menuju ke hari neraka... dan Allah SWT berfirman pada ketika itu, setiap 1000 jiwa yang diciptakan, 999 akan ke neraka (nauzubillahminzalik)... dan digambarkan jika seorang bayi mendengar akan berita itu, nescaya berubanlah rambut bayi tersebut..."

Hadis Sahih Riwayat Bukhari

-----------------------------------------------------------------

Dalam lautan manusia yang berbondong-bondong di Yaumil Mahsyar. Sejak Adam sehingga manusia terakhir, nanti akan ada manusia yang meminta agar dikembalikan ke Malaysia untuk beramal. Tetapi masa itu sudah lewat. Bumi Malaysia telah hancur lebur. Hilang bagai puing-puing. Terpelanting. Tika bumi dikiamatkan, segala-galanya tiada. Takhta, kekuasaan, tidak ada lagi dalam sebutan. Yang ada hanyalah penantian yang panjang.

Harta dan anak pinak, semuanya tidak boleh menolong. Semuanya sibuk dengan urusan peribadi. Semuanya menunggu ulang tayang video hidup tika di atas bumi, entah berapa ribuan tahun menenati di padang pengadilan.

Usahlah menanti untuk kembali ke bumi asalmu. Itu menjadi mimpi di siang hari. Hari-hari sesudah Mahsyar, tanpa penghujungannya. Syurga dan neraka itu ada bezanya.

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya

"Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa".
Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi..

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda..

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga `Arasy itu tiba dibumi.

15. `Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah.. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari `Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & `Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat..

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. .

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya 1 sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.



----------------------------------------------------------------

*Sewaktu Adam baru turun ke muka bumi, keadaan sekeliling gelap gelita. Maka Allah memperintahkan Jibril menghantar sedikit cahaya api untuk kegunaan Nabi Adam di bumi. "Wahai Jibril, pergilah engkau meminta sedikit api neraka dari Zabaniyah. Dia malaikat yang menjaga api neraka".

Lantas Jibril menemui Zabaniyah.

Jibril : Wahai Zabaniyah, Allah perintahkan aku meminta sedikit api neraka darimu untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam.

Zabaniyah : Banyak mana sedikit api neraka yang engkau mahu?

Jibril : Berilahku sebesar buah tamar.

Zabaniyah : Wahai Jibril, jika aku memberi api neraka sebesar buah tamar, nescaya akan cairlah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi.

Jibril : Jika begitu berilah separuh dari buah tamar.

Zabaniyah : Jika separuh dari buah tamar ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walau setitik air hujan dan tidak ada tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniyah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai.

Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.

PENGAJARAN
Itulah api neraka. Kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri nanti.

----------------------------------------------------------------
* Terkenang kisah Rasulullah lari ke Gua Hira' dan pemuda Kahfi lari ke dalam gua selama 309 tahun ..

Surah Al Hadiid
[57.20] Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ada ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

*Yang menolak kedatangan2 peristiwa ini tidak mengapa .. teruskan dengan kehidupan kalian, yang masih beriman dan mempercayainya, persiapkanlah diri kita ..

Wallahua'lam ..  
sumber tranungkite

0 comments:

Catat Ulasan

anwar

anwar
Aku Hanya Mengkhabarkan...
KITA DITUNTUT SUPAYA SENTIASA BELAJAR DAN BELAJAR INSYALLAH KAMU AKAN JADI MANUSIA..KALAU TAK BELAJAR AGAMA SAMA SEPERTI BINATANG..DAN BINATANG MACAM MANUSIA HARI INI..BELAJARLAH DARI ULAMAK
SIFAT ORANG MUNAFIK SUKA BERSUMPAH DENGARLAH MASHITAH WAJIB BERTAUBAT DAN MENGUCAP SEMULA...APA JENIS MENTERI ISLAM BEGINI

Ibubapa di kira sebagai pecah amanah jika tidak mendidik anak-anak mengenal tiga perkara “Ajarkan anak-anak kamu dengan tiga perkara :

* Kasih kepada Nabi-Nabi kamu(belajar kisah Nabi-Nabi dan ambil pengajaran mengenainya)

* Kasih kepada keluarga kepada keluarga Nabi, anak-anak Nabi dan yang berhubung dengan Nabi.

* Ajar anak-anak dengan baca Quran, faham isi Quran dan beramal dengannya.

Dalam hadis lain Nabi s.a.w. bersabda:

“Hak seorang anak yang wajib ditanggung oleh seorang bapa ialah mengajar anak-anak dengan reti Kitab(Al Quran dan Al Hadis) – Nabi s.a.w. menyuruh bapak mengajar quran dan Sunnah kepada anak-anak mereka.

Sabda Nabi s.a.w. lagi: “Wajib ke atas kamu (Bapa) mendidik anak-anak kamu dengan hukum hakam agama(Syariah)halal dan haram, dosa dan pahala dan sebagainya .

KEGAGALAN IBUBAPA HARI INI MEMENUHI TUNTUTAN HADIS NABI S.A.W – MAKA HARI BERLAKUNYA KEROSAKAN JENERASI MUDA YANG PALING SERIUS-GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK YANG PALING MENONJOL – SIFAT MALU PADA WANITA SUDAH HILANG YANG ADA KEEGOAN DENGAN DOSA DAN MAKSIAT.WASPADALAH ANAK-ANAK KITA DENGAN MEMENUHI TUNTUTAN HADIS DI ATAS….BERAMAL DENGAN SUNNAH NABI ADALAH LEBIH BAIK DARI BERARAK TETAPI MENENTANG AMANAH NABI s.a.w..!!!!!!-JAUH DARI AGAMA PUNCA JENERASI HARI INI SESAT DAN MENYESATKAN........Klik Untuk Tambah Ilmu Berkenaan Maulid

APA KATA PEMIMPIN KUFFAR TENTANG UMAT ISLAM DAN ALQURAN...HATI-HATI,BUATLAH RENUNGAN ........

William Ewart Gladstone ( 1809 - 1898 ) - mantan PM Britain zaman Queen Victoria "selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". - ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )

Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) "misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.

Lord Cromer - Gubernor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis " bahawasanya tanah jahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat "

Inilah Keparat-Keparat YAHUDI..Klik Untuk Berita

KATA-KATA HIKMAH

7 Sunnah Nabi Yang Patut Dilakukan

7 Sunnah Nabi Yang Patut Dilakukan
SUNNAH NABI UNTUK BERAMAL

Israel perkenalkan slogan 1Malaysia-Debat Hangat

S.O.A- 1924- Soldiers of Allah- History
Sami Yusuf - Hasbi Rabbi....Klik Untuk Berhibur Sekejap
LAFAZ AZAN ORANG SYIAH....BERSALAHAN DENGAN LAFAZ ZAMAN NABI s.a.w.
Budak 4 tahun lahir dari bukan islam tahu mengenai islam

BERSIH BERJAYA..DIJALAN RAYA...ASAKAN 6 TUNTUTAN BERSIH..BARU BENAR2 BERSIH

BERSIH BERJAYA..DIJALAN RAYA...ASAKAN 6 TUNTUTAN BERSIH..BARU BENAR2 BERSIH

BERSIH, BERSIH LAWAN BN KOTOR

TVSelangor09 09072011 Perhimpunan Bersih 2.0 - 09 Julai 2011.mpg
BUKTI-BUKTI PEYELEWENGAN SPR DALAM PILIHANRAYA..SEBEB WUJUD BERSIH..MESTI DENGAR..DAN BERTINDAK Saat akhir hidup arwah Baharudin .... sempat laugan takbir.....WAJIB LIHAT Foto : Pemimpin PR Ziarah Peserta Himpunan Bersih Yang Meninggal Dunia Al-Jazeera Buktikan Kezaliman Polis. KPN & Timb KPN, BERITA DUNIA TENTANG BERSIH..JANGAN TENGOK TV 1 SUKU 2 SUKU 3 SUKU
BAHARUDDIN AHMAD WIRA BERSIH...."Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.
RUPA KEGANASAN POLIS DI MALAYSIAKU.....
Polis FRU Sasarkan Tembakan Kearah Anwar, Kata Saifuddin
Himpunan Aman BERSIH 2 0 Part 2; Jalan Tun Perak, Menara Maybank
Himpunan Aman BERSIH 2.0 Part 1; Jln Petaling, Jln Hang Jebat